Assalamualaikum....
Hari nie aku nk ceritakan sikit pasal pekan Rantau Panjang,pekan yg merupakan tempat tinggal aku. Rindu la pulak bila nk teringatkan pekan nie,rindu sebab nk shopping sebenarnya ialah byk brg boleh dpt dekat pekan nie. Tunggu je mggu dpn aku balik kampung boleh la nk shopping bju ke makanan ke or what ever la.
Rantau Panjang merupakan sebuah pekan yang bersempadan antara Malaysia dan Thailand yang terletak di utara negeri Kelantan dalam kawasan barat jajahan Pasir Mas. Ia berada 39 kilometer di barat daya bandar Kota Bharu dan terletak berhampiran dengan Sungai Golok, Thailand.Jumlah penduduk mengikut bancian pada 2010 adalah seramai 51,975 orang.
Rantau Panjang dikenali ramai sebagai kawasan zon bebas cukai. Ia terkenal dengan pelbagai barangan jualan dan cenderahati. Pemeriksaan Unit Pencegah Penyeludupan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia menguatkuasakan sekatan di sekitar Rantau Panjang bagi mengelak penyeludupan dadah, beras, gula, manusia dan sebagainya. Terdapat banyak pangkalan haram berada di sini untuk kemasukan warga Thailand mahupun pendatang asing tanpa izin (PATI) tanpa menggunakan pasport.
Walaupun tempat tinggal aku bersempadan dengan negara Thailand,aku x pernah pon pergi ke negara jiran berkenaan sebab utama aku takut nk pergi ke sana. Lagi pon my mother xbenarkan pergi ke sana. But, rami je kawan aku tnggal kat sana sebenarnya.
Pekan Rantau Panjang juga terdapatnya tempat membeli-belah:
- Emporium MYDIN Rantau Panjang
- Kompleks Bebas Cukai Rantau Panjang
- the ZON Duty Free
- Pantai Timur sdn.bhd
- Zon Ria sdn.bhd
- Bazar-bazar jualan pakaian dan lain-lain
- Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra @ Masjid Beijing
Pintu Gerbang Masjid Beijing
Kedai menjual jersi
Pintu sempadan Malaysia dan Thailand
Rindu nk rasa ais krim nie
Masjid Beijing
Lokcing my favourite
Pesta air Sungai Golok
Sekian dulu dari aku ya, kalau nk thu lebih lanjut datang sendiri k.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan