Sabtu, 10 Disember 2016

Kpop.....

Assalamualaikum....

Hari ini aku nk ceritakan sedikit psal kegemaran aku dengan kpop nie. Dah obses sgt la aku nie dgn budaya kpop cuma nsib baik xsampai tahap nk tiru budaya diorng tu. But, aku lbih suka tgk citer dr negara Thailand berbnding dgn drama korea ada juga la drama korea yg menarik minat aku. Aku sgt obses dgn kumpulan korea terutama sekali band lelaki la yg perempuan pon ada juga.

Kat bawah nie ada la senarai kumpulan kpop yg aku minat:

 After School
 4MINUTE
 Fiestar
 B2ST
 Block B
 U Kiss
 Exo

Yang kat bawah nie program nyanyian yg melibatkan rap. Yg nie pon aku suka tgk jugak sbab rap dia tu memang best la.
 Unpretty Rapstar Vol.1
 Unpretty Rapstar Vol.2
 Unpretty Rapstar Vol.3

Kat bawah nie video rap yg aku suka dgr dalam Unpretty Rapstar...

Sekian dulu dari aku...

Jumaat, 9 Disember 2016

Apa yang aku belajar dalam subjek MTE

assamualaikum....

Tinggal seminggu lagi aku akan menamatkan semestar 1,cepat betul masa berlalu aku rasa baru je masuk Upsi dan akan menempuhi final exam pada hujung bulan nie. Ok la aku xnk ckp psal final exam ke apa ke cuma aku nk ckp pasal subjek mte nie. Walaupun aku ambil kos Bahasa Melayu bg aku subjek mte nie juga secara tak langsung dapat membntu aku untuk bijak menggunakan ict ialah bukan hnya tahu download lagu, video, citer dan sebagainya. Tetapi dapat membntu aku untuk menyiapkan assignment dan lain-lain tugasan yang memerlukan aku menggunakan ict nie.

Semasa aku belajar subjek nie, lect aku telah menerangkan bagaimana nak buat sijil. Manalah thukan aku terpilih utk menyiapkan sjil ke. Biasala kehidupah di universiti nie memerlukan kita berdikari dan xblh nk hrpkan org lain lagi.
Dalam sijil nak dibuat tu perlulah ada:
  1.  Logo UPSI
  2.  Jenis sijil
  3.  Nama peserta
  4.  Nombor kad pengenalan
  5.  Tajuk program
  6.  Anjuran
  7.  Tempat program diadakan 
  8.  Tarikh
  9.  Tanda tangan
Sebenarnya aku pon dh xingat sangat nak buat sijil nie,nk senangkan kerja utk buat sijil nie rajin2 la menggunakan Encik Google ya.

Tugasan 2 yg perlu aku siapkan adalah menggunakan Microsoft Excel untuk menyiapkan senarai nama ctnya kehadiran ke kuliah,markah, dan gred purata. Tugasan ini pon aku xsebeberapa nk ingat juga nk buat mcm mana sebab ia perlukan pengiraan. Aku nie adalah manusia yg x minat dengan matematik dan bnda2 yg memerlukan pengiraan nie. So, sebab itu kut aku x ingat nk buat.Tapi,kalau thu mcm mna nk buat memang seronok jugak la.

Tugasan 3 nie berkaitan dengan Microsoft PowerPoint dan tajuk yg aku gunakan utk menyiapkan tugasan ini berkaitan dgn keistimewaan yg ada pd pekan Rantau Panjang yg merupakan pekan kebanggaan aku. Biasala kalau bkn kita yg nk promosikan tmpat2 tersebut siapa lagikan.

Tugasan 4 ini memerlukan aku mengedit lagu @ lbih dikenali sebagai remix lagu la. Aku bknnya reti sgt nk edit lgu2 nie silap hari bln blh kena saman dgn tuan punya lagu ialah aku bkan Martin Garrix.

 Inila martin garrix...

Aplikasi Audacity
 
 
Tugasan 5 berkaitan dengan gambar iaitu nk edit gambar la. Benda nie pon aku xpernah terfikir nk buat pon, ialah aku nie hnya thu guna utk download lgu, video dgn citer je. Benda2 lain aku memang xthu la ya.
 
Aplikasi GIMP 2.8
 
 
Hari tu aku edit gmbar berkaitan dengan festival makanan korea sebab lect aku nk tugasan yg berkaitan dgn poster. So, memandangkan aku nie suka sangat dengan korea,aku buat la psal makanan korea.
 
Tugasan 6 berkaitan dengan movie maker,nie pon aku xthu jugak nk buat mcm mana,but, xperlu risau movie maker sekarang nie ada yg paling senang nk buat. Dlm kata lain xperlu nk pkir lama2 YA. Aku guna aplikasi movie maker nie Wondershare Filmora sebab ia sgt senang utk buat movie maker.
 
 Wondershare Filmora
 
Ini merupakan movie maker yang aku buat untuk tugasan 6....
 
Dan tugasan yg terakhir sekali aku kena buat blog. So, inila blog aku yg memerlukan aku utk siapkan. Ada ckit lagi utk aku siapkan blog nie....
 
Sekian dari aku..
 
 
 

Khamis, 8 Disember 2016

Pekan Rantau Panjang.....

Assalamualaikum.... 

Hari nie aku nk ceritakan sikit pasal pekan Rantau Panjang,pekan yg merupakan tempat tinggal aku. Rindu la pulak bila nk teringatkan pekan nie,rindu sebab nk shopping sebenarnya ialah byk brg boleh dpt dekat pekan nie. Tunggu je mggu dpn aku balik kampung boleh la nk shopping bju ke makanan ke or what ever la.

Rantau Panjang merupakan sebuah pekan yang bersempadan antara Malaysia dan Thailand yang terletak di utara negeri Kelantan dalam kawasan barat jajahan Pasir Mas. Ia berada 39 kilometer di barat daya bandar Kota Bharu dan terletak berhampiran dengan Sungai Golok, Thailand.Jumlah penduduk mengikut bancian pada 2010 adalah seramai 51,975 orang.
Rantau Panjang dikenali ramai sebagai kawasan zon bebas cukai. Ia terkenal dengan pelbagai barangan jualan dan cenderahati. Pemeriksaan Unit Pencegah Penyeludupan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia menguatkuasakan sekatan di sekitar Rantau Panjang bagi mengelak penyeludupan dadah, beras, gula, manusia dan sebagainya. Terdapat banyak pangkalan haram berada di sini untuk kemasukan warga Thailand mahupun pendatang asing tanpa izin (PATI) tanpa menggunakan pasport.

Walaupun tempat tinggal aku bersempadan dengan negara Thailand,aku x pernah pon pergi ke negara jiran berkenaan sebab utama aku takut nk pergi ke sana. Lagi pon my mother xbenarkan pergi ke sana. But, rami je kawan aku tnggal kat sana sebenarnya. 

Pekan Rantau Panjang juga terdapatnya tempat membeli-belah:
  1. Emporium MYDIN Rantau Panjang
  2. Kompleks Bebas Cukai Rantau Panjang
  3. the ZON Duty Free
  4. Pantai Timur sdn.bhd
  5. Zon Ria sdn.bhd
  6. Bazar-bazar jualan pakaian dan lain-lain
Selain itu, terdapat juga tempat-tempat menarik di pekan Rantau Panjang nie:
  1. Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra @ Masjid Beijing
Kenapa penduduk tempatan panggil ia sebagai Masjid Beijing kerana reka bentuk masjid ini sama macam masjid dari negara China.

 Pintu Gerbang Masjid Beijing
 Kedai menjual jersi

 Pintu sempadan Malaysia dan Thailand


 Rindu nk rasa ais krim nie
 Masjid Beijing

 Lokcing my favourite
 Pesta air Sungai Golok

Sekian dulu dari aku ya, kalau nk thu lebih lanjut datang sendiri k.....
 

Rabu, 7 Disember 2016

UPSI dan diri aku

Assalamualaikum dan selamat malam semua...

Pertama sekali aku x sangka yg aku akan sambung belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Walaupun pd mulanya aku lebih berminat untuk smbung belajar di Universiti Sains Malaysia (USM). Nak buat mcm mana dh rezeki aku kat sinikan,tpi sebenarnya UPSI ini lgi best dari universiti lain. Sebabnya kolej kediaman dia ala2 pangsapuri sikit. So, maknanya satu rumah dilengkapi dengan 3 bilik dan bilik mandi sekali. Dalam kata lain kalau tgh2 mlm tu sakit perut ke apa ke xpyh la nk kejutkan roommates suruh temankan ke. Yang paling aku suka sekali bilik aku di berlatar belakangkan bukit2 yg sangat cantik dan mmpu menenangkan jiwa aku yg asyik teringat kmpung halaman al-mklum la aku dr kecik xpernah berpisah dengan ma aku. Rindunya nk blik kampung nie,sabar la wahai hati nk buat mcm mana lumrah hidupkan.

Pintu gerbang kampus Sultan Azlan Shah

Pintu gerbang kampus baru pada waktu malam 
 Bangunan E-Learning
 Pintu Gerbang Kampus Sultan Abdul Jalil
 Muzium UPSI @ Bangunan Suluh Budiman
Perpustakaan Sultanah Bainun
 Kolej Kediaman Pelajar UPSI
 Logo UPSI

Sebenarnya byk tempat lagi yg terdpt di Upsi nie cuma aku xada masa lagi nk terokai tempat2 kat Upsi nie walaupun dh nk habis semester 1. Maybe sem 2 ke aku akan mencuba merajinkan diri aku untuk berjln dan berjoging ke sebab kat sini byk aktiviti yang kita blh lakukan sebenarnya terutama sekali dalam acara sukan. 
Aku teringin juga nk pergi kolam renang kat arena Upsi tu tpi mcm biasa la aku nie liat sikit nak keluar nie kalau xada benda penting. Biasa la aku lebih suka duduk dalam bilik je dari keluar jln-jln. But, ada juga keluar dari Tanjung Malim nie xkan nk duduk terperup je kat sinikan. Tapi apa yang penting aku xsbar nk balik kampung sebenarnya nk shopping kat pekan Rantau Panjang.
So,aku pon dh ngntuk nie nk tidur dulu.
 

Selasa, 6 Disember 2016

Suka tengok tutorial make up dari Asyallie

Assalamualaikum...
Sebenarnya ini pertama kali aku buat blog dan aku x pernah terfikir pon nak buat blog ini sebab aku nie bukan spesies yang suka update aktiviti ke apa-apa saja la yang berkaitan dengan benda-benda yang aku buat. Aku buat blog nie pon sebahagian dari assignment mte aku, so nak xnak aku kena la buat jugak.
Disebabkan aku xada idea nk tulis apa dalam blogs aku yg x sebeberapa ini, so aku akan kongsi psal aktiviti aku bila xada bnda nk buat dalam bilik aku. Yelah assignment semua dh siapkan nk bkak buku pon cahaya hidayah tu belum smpai lagi dekat aku. Aduh teruk betul perangai dh lah final exam dh dekat tapi masih suka-suka berfoya lagi ya kau. 
Sebenarnya aku suka sangat tengok tutorial make up dari Asyallie dkat YouTube. Aku just tgk je nk tra make up tu xade la, aku pon bknnya reti sgt nk make up nie setakat pakai lipstik dgn mascara tu boleh la lebih dr tu memang xla.
Okey la aku akan kongsikan sedikit foto-foto dia ya. Tu pon dari sumber mr google ya.



So,amacam cantik x dia,mestilah cantikkan tu yang aku suka tgk tutorial make up dia.
Aku nak kongsi juga video tutorial make up dia yang aku suka tengok.



Korang yang suka make up tu blh la tgk video2 Asyallie nie dekat YouTube ya.

Itu je dulu dari aku ya,next time kita jumpa lagi ya.....